Monday, March 14, 2011

'BEZZA' YANG BERBEZA

Kalau Proton mengeluarkan 5 konsep yang mengguna kan nama 5 pahlawan melayu yang bersejarah..Perodua juga tak mahu ketinggalan dengan keta konsep mereka yang tersendiri..Malah keta dari Perodua ini lebih gempak & canggih berbanding konsep yang di keluar kan oleh Proton..

Bezza yang mengguna kan enjin hijau yang sedang di bangun kan bagi kegunaan keluaran nya pada masa akan datang..Reka bentuk Bezza di bangun kan sepenuh nya kakitangan Perodua, manakala enjin hijau di maju kan di bawah Pelan Induk Pembangunan Enjin Hijau syarikat itu dengan kerjasama Daihatsu Motor Corporation (Jepun)..

Pelan Induk Pembangunan Enjin Hijau di maju kan bermatlamat menghasil kan enjin yang mengguna kan sistem Bahan Api Cecair Bebas Logam Berharga (PMLFC) iaitu yang pertama seumpama nya di Malaysia..


Pilihan untuk anda dalam masa terdekat..
Peace No War!!!

Thursday, March 10, 2011

PASANGAN TIMUR

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), ditubuhkan pada tahun 1993, adalah perusahaan patungan antara pasangan Malaysia dan Jepun..Pemegang saham Perodua adalah UMW Corporation Sdn Bhd 38%, MBM Resources Berhad 20%, Daihatsu Motor Co Ltd 20%, PNB Ekuiti Resource Corporation Sdn Berhad 10%, Daihatsu (Malaysia) Sdn Bhd 5%, Mitsui & Co Ltd 4.2 % dan Mitsui & Co, (Asia Pacific) Pte Ltd 2,8%.. Syarikat ini mula beroperasi pada tahun 1994 dan pernah begitu popular ialah Perodua Kancil diperkenalkan ke pasaran Malaysia pada bulan Ogos tahun yang sama(1993)..Untuk saat ini, kenderaan berikut telah berguling keluar dari kilang Perodua..

 
Perodua Rusa - Mac 1996
 
Perodua Kembara - Ogos 1998
 
Perodua Kenari - Jun 2000
 Perodua
Kelisa - Ogos 2001
 
Perodua Myvi - Mei 2005
 
Perodua Viva - Mei 2007
 
Perodua Nautica 4WD - Mei 2008
 Perodua
Alza - November 2009

Wednesday, March 2, 2011

PODIUM KEDUA

Ada menang ada kalah..Yang 2 sudah tentu terjadi dalam pertandingan..Sejak azali lagi memang dah adat pertandingan yang menang mesti ada..Yang kalah pun tetap ada untuk membaiki kelemahan..Dalam pencapaian pulak tak ada yang menang & yang kalah..Yang ada hanya la kejayaan pertama, kedua & seterus nya..Negara Malaysia contoh nya dalam pencapaian dah lama berdiri di podium pertama sebelum berjaya menjejak kan kaki di podium kedua..Bunyi macam lumba kat Litar Sepang ja kan..Siap ada podium pertama & kedua lagi..Ya memang maksud aku tadi 2 berlumba..Tetapi Malaysia berlumba untuk menjadi pengeluar kereta nasional..Proton yang memegang podium pertama agak lama telah mempunyai teman akhir nya di podium kedua untuk menjadi pesaing & sahabat sejati..Perodua atau singkatan nya ialah Perusahaan Otomobil Kedua telah di lahir kan & di bangun kan untuk menjadi pengeluar kereta nasional..Kejayaan demi kejayaan telah di perolehi oleh negara kita Malaysia..Siapa sangka dalam masa yang singkat sahaja kita dah mempunyai 2 syarikat besar sebagai pembuat & pengeluar kereta nasional..Tahniah Malaysia..Tahniah Perodua..Peace No War!!!

Monday, February 28, 2011

S2000 BUKA MATA DUNIA

Ungkapan 'Malaysia Boleh' boleh aku kata kan sudah sebati dengan jiwa & kehidupan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum..Tanya la sapa2 pun, biar yang kecik sampai la yang dah berumur, mesti semua dah tau apa yang di maksud kan dengan Malaysia Boleh..Maybe jawapan yang di beri oleh mereka tidak la tepat bagi sesetengah kanak2 tetapi sangat2 la logik & relevan dapat aku janji kan kepada rakan2 semua..Untuk kepastian, rakan2 boleh la mencuba & bertanya kepada anak2 kecik atau kanak2 yang rakan2 kenal..Insyallah mesti ada jawapan dari mereka..


Bagi yang dah berakal macam aku & sewaktu dengan nya, aku dah lihat pelbagai kejayaan telah di kecapi oleh Malaysia biar pun dalam pelbagai bidang..Dari individu sampai la negara kita sendiri..Kalau aku nak senarai kan memang banyak sangat2 la..Tak termampu aku..hehehe..Aku rasa rakan2 semua dapat ingat dah apa yang di maksud kan oleh aku apa itu Malaysia Boleh..


Pernah dengar ka Proton Motorsport??Pernah dengar tak Asia Pacific Rally Championship (APRC)??Maybe semua tau pasal ni..Tetapi pernah dengar tak Proton menang dalam kejohanan terbesar Asia ini??Aku berani kata kan x ramai yang tau & ambik tau..Sapa kata jenama keta tempatan iaitu Proton tak mampu bersaing dengan jenama terkemuka yang lain seperti Honda, Ford, Mitsubishi dan Subaru..

Tuesday, February 22, 2011

EDISI GEMPAK BERISI NAMPAK

Tahun 2011 menjanji kan azam & tekad baru..Masing2 ada azam baru..Kadang2 2 ada yang tak pasang azam pun ada..Contoh nya macam aku la..hehe..Jangan marah tau..Aku ada sebab tertentu kenapa aku tak pasang azam tiap2 taun..Yang 2 biar la di jadi kan rahsia..Banyak kebaikan kalau kita memasang azam baru untuk memaju kan diri & hidup kita masing2..Sebagai contoh untuk kali ini, aku sangat berbangga dengan azam2 yang telah di laksana kan oleh PROTON..Bukan setakat azam yang di ucap tetapi di bukti kan dengan bukti2 yang sahih lagi tulen..Proton telah melaksana kan azam2 mereka untuk masa hadapan demi negara & rakyat Malaysia serta memberitahu dunia sebenar nya kita semakin rapat untuk mengekori 'dunia' mereka yang telah berjaya dalam azam masing2..Hasil nya mari lah kita sama2 hayati produk Proton untuk masa akan datang..


Rambut ja sama itam, tapi citarasa  kita semua berbeza..Mungkin ada yang dah terliur bila melihat produk baru Proton ni..Pesan aku kepada rakan2 hanya la banyak2 bersabar dulu sementara menanti lampu hijau dari Proton..Peace No War!!!

Thursday, February 17, 2011

BERBANGGA DENGAN PROTON

TARIKH 7 Mei 1983 tersemat di ingatan rakyat Malaysia apabila kerajaan menubuhkan syarikat kereta nasional pertama di negara ini, Perusahaan Otomobil Nasional (Proton)..

Matlamat penubuhan Proton adalah untuk mengeluar, memasang dan menjual kereta jenama Malaysia serta produk-produk yang berkaitan seperti alat ganti, aksesori dan komponen-komponen lain..Dua tahun selepas menjalani pelbagai eksperimen, maka lahirlah kereta pertama kebanggaan negara yang dinamakan sebagai Saga pada 9 Julai 1985..

Semangat, aspirasi serta rasa bangga pengasas Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu meresapi minda rakyat Malaysia yang tidak sabar-sabar untuk memandu kereta jenama tempatan..Saga menjadi anak sulung Proton yang kemudiannya melahirkan beberapa model baru iaitu Iswara, Satria, Tiara, Wira, Putera, Juara, Perdana, Satria GTi, Perdana V6, Waja, Arena, Savvy, Gen 2, Persona, Satria Neo, Exora, Saga BLM dan yang terbaru Inspira..

Monday, February 14, 2011

INSAN CEMERLANG, UMMAH TERBILANG


Tema sambutan Maulidur Rasul untuk taun 2011 adalah 'Insan Cemerlang, Ummah Terbilang'..Bagaimana seseorang insan 2 dapat membantu untuk memperkasa ummah nya..Renung2 kan la artikel ini dari seorang insan untuk ummah nya..

Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran..Dia adalah seorang doktor neurologi..

Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an"..Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an..Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya..

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak masuki oleh darah..Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal..

Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang..Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja..Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah..

Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang, maka otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal..

Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini..

Kesimpulannya:

Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang, apatah lagi yang tidak beragama Islam, walau pun akal mereka berfungsi dengan secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal..