Thursday, February 17, 2011

BERBANGGA DENGAN PROTON

TARIKH 7 Mei 1983 tersemat di ingatan rakyat Malaysia apabila kerajaan menubuhkan syarikat kereta nasional pertama di negara ini, Perusahaan Otomobil Nasional (Proton)..

Matlamat penubuhan Proton adalah untuk mengeluar, memasang dan menjual kereta jenama Malaysia serta produk-produk yang berkaitan seperti alat ganti, aksesori dan komponen-komponen lain..Dua tahun selepas menjalani pelbagai eksperimen, maka lahirlah kereta pertama kebanggaan negara yang dinamakan sebagai Saga pada 9 Julai 1985..

Semangat, aspirasi serta rasa bangga pengasas Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu meresapi minda rakyat Malaysia yang tidak sabar-sabar untuk memandu kereta jenama tempatan..Saga menjadi anak sulung Proton yang kemudiannya melahirkan beberapa model baru iaitu Iswara, Satria, Tiara, Wira, Putera, Juara, Perdana, Satria GTi, Perdana V6, Waja, Arena, Savvy, Gen 2, Persona, Satria Neo, Exora, Saga BLM dan yang terbaru Inspira..

Lebih membanggakan apabila 'anakanak' Proton dibawa dengan megahnya menjenguk arena antarabangsa dan singgah di negara-negara seperti United Kingdom, Australia, Mauritius, Afrika Selatan, Mesir, Singapura, Iran, Indonesia, Taiwan, Pakistan, Turki, Thailand dan banyak lagi..Setiap kali model baru Proton dilancarkan, tempahan yang diterima melimpah ruah, sebanyak mana sekali pun rungutan yang dilemparkan terhadap mutu kereta jenama itu tidak pernah menggugat pasaran Proton..Proton sendiri tidak pernah berdiam diri atau selesa dengan jualan yang memberangsangkan..Kerja keras untuk memastikan jaminan kualiti sentiasa dilaksanakan dalam jatuh bangun syarikat kebanggaan negara itu untuk membina nama serta jenama..

Penerokaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) termasuk dari sudut reka bentuk sentiasa menjadi keutamaan biarpun setiap kali mengeluarkan produk baru pasti kedengaran rungutan yang tidak berkesudahan..Namun usaha penambahbaikan yang dilaksanakan oleh Proton menampakkan kesan yang amat ketara..Proton Persona, model kelima keluaran Proton sepenuhnya yang dilancarkan Ogos 2007 menerima pujian yang bukan sedikit..

Ia amat sejajar dengan falsafah penubuhan Proton itu sendiri iaitu mengeluarkan kereta untuk pasaran yang bersesuaian dan dijual pada harga berpatutan..Namun di sebalik rasa bangga yang tersimpul sejak 25 tahun lalu, masih ada rakyat Malaysia yang tidak yakin jauh sekali untuk berbangga dengan produk yang dikeluarkan oleh Proton..
Peace No War!!!


No comments:

Post a Comment