Monday, February 28, 2011

S2000 BUKA MATA DUNIA

Ungkapan 'Malaysia Boleh' boleh aku kata kan sudah sebati dengan jiwa & kehidupan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum..Tanya la sapa2 pun, biar yang kecik sampai la yang dah berumur, mesti semua dah tau apa yang di maksud kan dengan Malaysia Boleh..Maybe jawapan yang di beri oleh mereka tidak la tepat bagi sesetengah kanak2 tetapi sangat2 la logik & relevan dapat aku janji kan kepada rakan2 semua..Untuk kepastian, rakan2 boleh la mencuba & bertanya kepada anak2 kecik atau kanak2 yang rakan2 kenal..Insyallah mesti ada jawapan dari mereka..


Bagi yang dah berakal macam aku & sewaktu dengan nya, aku dah lihat pelbagai kejayaan telah di kecapi oleh Malaysia biar pun dalam pelbagai bidang..Dari individu sampai la negara kita sendiri..Kalau aku nak senarai kan memang banyak sangat2 la..Tak termampu aku..hehehe..Aku rasa rakan2 semua dapat ingat dah apa yang di maksud kan oleh aku apa itu Malaysia Boleh..


Pernah dengar ka Proton Motorsport??Pernah dengar tak Asia Pacific Rally Championship (APRC)??Maybe semua tau pasal ni..Tetapi pernah dengar tak Proton menang dalam kejohanan terbesar Asia ini??Aku berani kata kan x ramai yang tau & ambik tau..Sapa kata jenama keta tempatan iaitu Proton tak mampu bersaing dengan jenama terkemuka yang lain seperti Honda, Ford, Mitsubishi dan Subaru..

Antara Kejayaan Yang Dicapai Proton Motorsport

- Di sepanjang kewujudan rally antarabangsa, Proton berjaya memenangi gelaran di APRC sebanyak 3 kali   iaitu pada tahun 2001, 2002 dan 2004..

- Pada tahun 2002 juga Proton telah memenangi FIA Production Car World Rally Championship..

- Pada tahun 2010 Pasukan Proton muncul juara di tempat 1-2 dan juga memenangi anugerah tempat kedua dalam kategori Manufacturer’s Championship di APRC..

Pada taun 2010, hanya menggunakan jentera model Proton Satria Neo S2000, Proton berjaya mengetepikan beberapa pesaingnya seperti Mitsubishi dan Subaru di Asia Pasific Rally Champianship (APRC) China..Bak kata orang, berundur tak semestinya mengaku kalah..Ini kerana sebelum ini Pasukan Proton pernah berehat selama 5 tahun bermula dari tahun 2004-2009 dan kembali semula di arena permotoran sukan rally di Asia Pasific Rally Champianship (APRC) China dan akhirnya muncul juara di tangga 1-2..


Satu lagi kebanggan negara kita Malaysia apabila Proton selaku pengeluar kereta tempatan menempah nama di arena dunia sukan permotoran dengan menjuarai Asia Pacific Rally Championship (APRC) di China..Aku sebagai rakyat Malaysia turut berbangga dengan kejayaan ini yang di anggap kejayaan yang amat besar & bermakna..Di arap dengan pelbagai kejayaan dan pencapaian yang diperolehi Proton,  jenama ini akan dapat membuka mata seluruh dunia..Peace No War!!!


Kelebihan Proton Menyertai Dunia Motorsport

- Dengan penyertaan Proton didalam dunia Motorsport ia sebagai satu idea dan platform untuk menaikkan jenama sendiri dan bersaingan dengan jenama pengeluar yang lain..

- Dengan kemenangan yang diperolehi, Proton dapat membuktikan kehandalan, kekuatan dan prestasi sebenar Satria Neo..

- Secara tidak langsung Proton dapat meningkatkan lagi hasil jualan model-model keluarannya didalam negara dan luar negara..

No comments:

Post a Comment