“Gredku amat rendah di sekolah..Tetapi saya tidak bersedih kerana dunia saya di sekitar mesin, kereta dan motorsikal” ujar Soichiro yang meninggal pada usia 84 tahun, di Tokyo akibat penyakit hati..Sapa dia Soichiro??Penting ka insan bernama Soichiro pada kita??
Pernahkah anda tahu bahawa pengasas perniagaan Honda sebenar nya bernama Soichiro (Soichiro Honda)..Bilangan kenderaan-kenderaan Honda yang kita selalu ternampak amat banyak dan sebab itu ia layak digelarkan ‘Raja Jalanan’..Tapi taraf dia x sama la macam mat rempit raja jalanan..Sewaktu memulakan perniagaannya, Soichiro Honda selalu ditimpa kegagalan..Dia pernah jatuh sakit, kehabisan wang dan juga diberhentikan dari kuliah..Namun begitu, dia terus bermimpi dan bermimpi..Dan akhirnya, impian itu mencapai kenyataan dengan ketekunan dan kerja keras sehinggalah lahirnya sebuah industri permotoran bertaraf antarabangsa itu..
Cintanya pada mesin, jelas diwarisi dari ayahnya yang membuka bengkel membaiki alatan pertanian di dusun Kamyo, daerah Shizuko, Jepun Tengah..Di kawasan inilah dia lahir..Berbasikal telah menjadi salah satu hobi lelaki kelahiran 17 November 1906 ini semasa zaman kanak-kanak nya..Hasilnya, ketika 12 tahun, Soichiro Honda berhasil mencipta sebuah basikal dengan model ‘rem kaki’..Wow!!hebat kan..Pada saat itu, di benaknya belum muncul lagi impian untuk menjadi seorang usahawan automotif kerana dia sedar dirinya berasal dari keluarga yang miskin, fizikalnya yang lemah dan rupanya yang tidak tampan membuatnya selalu rendah diri..
Pada usia 15 tahun, Honda berhijrah ke kota untuk bekerja di Hart Shokai Company di bawah majikannya Saka Kibara..Enam tahun bekerja menambah pengalamannya tentang mesin..Pada usia 21 tahun, Saka Kibara mencadangkan supaya membuka suatu cawangan bengkel baru di Hamamatsu dan Honda mengambil peluang tersebut..Di Hamamatsu, dia selalu menerima tawaran membaiki mesin-mesin yang ditolak oleh bengkel-bengkel lain sehingga berjalan kembali..Walaupun bekerja keras, otak geniusnya tetap kreatif.. Kecerdasannya membuahkan hasil..
Pada usia 30 tahun, Honda menandatangani patennya yang pertama setelah mencipta ruji dengan logam yang tahan lama dan dieksport ke seluruh dunia..Mulai saat itu dia berfikir apakah kepakaran yang ingin dipilihnya?Otaknya tertarik kepada pembuatan ring piston yang dihasilkan oleh bengkelnya sendiri pada 1938..Lalu ditawarkan ciptaannya itu ke kilang automotif tetapi ditolak oleh Toyota kerana tidak memenuhi standard..
Akibat kegagalan itu, Honda jatuh sakit yang sangat serius..Dua bulan kemudian, kesihatannya pulih dan kembali ke bengkelnya..Demi mencari jawapan, dia melanjutkan pelajaran untuk menambah pengetahuannya tentang mesin..Tetapi setelah dua tahun menjadi mahasiswa, dia akhirnya diberhentikan kerana jarang mengikuti kuliah..Diberhentikan dari pusat pengajian tinggi bukanlah titik akhir segalanya..Berkat kerja kerasnya, rekaan Ring Pistonnya diterima Toyota dan kontrak di beri kepada nya..
Jepun yang sedang terlibat dalam Perang Dunia Kedua pada masa itu dan hasrat Honda untuk mendirikan kilang mesin sendiri terus terkandas..Lalu dia nekad mengumpulkan modal untuk mendirikan kilang dan kilang yang di dirikan pernah terbakar sebanyak dua kali..
Dalam keadaan terdesak, dia kembali kepada basikal lamanya..Dia mengubahsuai basikalnya dengan memasang motor kecil pada basikal itu..Basikal bermotor itu diminati sehinggakan Honda kehabisan stok..Honda kembali mendirikan sebuah kilang motor selepas itu..Sejak itu, kejayaan tidak pernah lari dari tangannya..Dari motosikal, perusahaannya berkembang sehingga berjaya mengeluarkan kereta untuk pasaran antarabangsa..
Semasa hidupnya, Honda selalu menyatakan supaya jangan dahulu melihat kejayaannya dalam cabaran industri automotif sebaliknya lihatlah kegagalan-kegagalan yang dialaminya..
“Orang yang melihat kejayaan saya hanya satu peratus..Tetapi mereka tidak melihat 99 peratus kegagalan saya,” katanya..
“Ketika anda mengalami kegagalan, maka segeralah mulai kembali bermimpi dan mimpikanlah mimpi baru..”
Peace No War!!!
salam Saudara Een Nebula
ReplyDeleteSatu informasi yang bagus dan amat berguna dalam memotivasi diri